TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Monday, August 18, 2014

Permohonan bantuan persedian ke IPTA/IPTS - Yayasan Terengganu

Yayasan Terengganu
Permohonan bantuan persedian ke IPTA/IPTS
Yayasan Terengganu

SYARAT PEMOHONAN

1. Anak Negeri Terengganu, iaitu salah seorang ibu,bapa/penjaga Rakyat Terengganu (Warganegara Malaysia).

2. Pemohon bukan daripada rakyat Terengganu tetapi pemastautin tetap melebihi 10 tahun hendaklah mendapat surat pengesahan mastautin ibu,bapa/penjaga daripada Wakil Rakyat/ Penghulu Mukim / Ketua Kampung.

3. Institusi Pengajian yang ditawarkan mestilah diiktiraf oleh kerajaan.

PENYERAHAN SALINAN DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

1. Borang Permohonan yang lengkap disahkan (Dicetak dari Permohonan Atas Talian (Online)).

2. Salinan surat tawaran yang disahkan / serta dibawa salinan ASAL

3. Kad pengenalan Pemohon, Ibu, Bapa dan Surat Beranak Pemohon yang disahkan.

4. Slip peperiksaan UPSR/PMR (bagi asrama penuh) dan SPM (bagi permohonan IPTA/IPTS).

5. Sila sertakan salinan resit bayaran RM300.00 dan cop pengesahan pendaftaran semasa mendaftar (bagi permohon IPTS).

6. Ibu/bapa adik beradik kandung sahaja yang dibenarkan mewakili pemohon, sertakan salinan kad pengenalan wakil.

CARA MEMOHON

1. Mengisi Borang Permohonan Secara Atas Talian (Online) dengan LENGKAP di SINI.

2. Mencetak dan Memuat Turun Borang Permohonan dan anda perlu mencetak Borang Permohonan ini untuk bagi mendapatkan pengesahan pihak-pihak yang terlibat.

3. SILA SERAHKAN SEMUA DOKUMEN YANG DIPERLUKAN DI ATAS UNTUK SEMAKAN DAN PENGESAHAN AKHIR KE BAHAGIAN TAJAAN , TINGKAT 2, YAYASAN TERENGGANU.

Untuk maklumat lanjut berkaitan perkhidmatan berkaitan, sila hubungi ibu pejabat YT di talian 09-6221 733.

No comments:

Post a Comment